TENTANG DIRI
Nama diberi Siti Noor Azila Binti Che Awang. Dilahirkan pada 24 Oktober 1989, di Pasir Mas Kelantan. Kini sedang menyambung pengajian di Universiti Putra Malaysia dalam bidang Kesusasteraan Melayu. Merupakan pelajar tahun akhir di Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi. Saya memilih untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang ini kerana semasa berada di tingkatan 6, saya mula mendapat pendedahan tentang Kesusasteraan Melayu. Bermula dari situlah timbulnya minat dalam diri saya untuk mempelajari dan mengetahui secara lebih mendalam tentang Kesusasteraan Melayu. Bagi saya tidak rugi mempelajari sastera, kerana ia merupakan hasil karya nenek moyang kita terdahulu. Melalui sastera juga dapat membentuk kita menjadi seorang yang mempunyai budi pekerti yang tinggi.
Diharapkan dengan adanya laman ini dapat memberi maklumat kepada anda semua.
Diharapkan dengan adanya laman ini dapat memberi maklumat kepada anda semua.