PANTUN
Perkataan pantun dikatakan berasal daripada perkataan Bahasa Sanskrit paribhasya atau Bahasa Jawa Parik yang bermaksud bererti pari atau peribahasa dalam Bahasa Melayu. Pantun merupakan satu puisi Melayu sejati. Pantun terpendek terdiri daripada dua baris yang mempunyai ikatan berirama dan mempunyai sebutan yang sama dihujungnya. Baris-baris ini pula boleh dikumpulkan menjadi empat, enam ataupun lapan baris. Jarang terdapat pantun yang melebihi lapan baris dan pada kebiasaannya pantun terdiri daripada empat barisan.
Pantun terbahagi kepada dua bahagian sama banyak rangkapnya, iaitu bahagian pembayang dan diikuti pula dengan maksud pantun. Bahagian pembayang bagi pantun empat kerat terdiri daripada dua ayat pembayang dan dua ayat maksud, dan bagi pembayang pantun lapan kerat adalah empat ayat pembayang dan empat ayat maksud dan demikianlah seterusnya.
Menurut Dr. Brandsetter pula, perkataan 'pantun' berasal daripada akar kata tun yang boleh dikesan dalam Bahasa Jawa iaitu tuntun, dalam Bahasa Tagalog disebut tonton yang diucapkan dalam aturan yang tertentu. Dalam Bahasa Sunda, pantun bermaksud satu cerita (karangan) panjang berirama yang dinyanyikan dengan iringan muzik. Manakala dalam masyarakat Melayu pula, pantun bererti kuantrain , iaitu puisi yang tersusun dalam struktur empat baris serangkap.
Pantun dapat dikelaskan berdasarkan kepada bentuk/struktur, tema/isi, fungsi dan penyebarannya. Daripada pengkelasan inilah maka timbullah apa yang disebut pantun dua kerat, empat kerat, enam kerat, lapan kerat, dan sebagainya. Dari segi tema pula memunculkan jenis-jenis pantun seperti yang berikut:
CONTOH PANTUN
Pantun dua kerat
Sudah gaharu cendana pula,
Sudah tahu bertanya pula.
Pantun empat kerat
Ayam disabung jantan dipaut,
Jika ditambat kalah laganya,
Asam di darat ikan di laut,
Dalam belanga bertemu jua.
Pantun enam kerat
Apa di harap padi seberang,
Entah berderai entahkan tidak,
Entah dimakan pipit melayang,
Apa diharap kekasih orang,
Entah bercerai entah tidak,
Entah makin bertambah sayang.
Contoh-contoh Pantun dari Filem-filem Melayu Klasik
Kajang Pak Malau kajang berlipat
Kajang saya mengkuang layu
Dagang Pak Malau dagang bertempat
Dagang saya musafir lalu
(Filem Sri Mersing)
Tuai padi antara masak
Esok jangan layu layuan
Intai kami antara nampak
Esok jangan rindu-rinduan
(Filem Gurindam Jiwa - 1966)
sumber: http://ms.wikipedia.org/wiki/Pantun

- pantun kanak-kanak
- pantun cinta dan kasih sayang
- telatah dan cara hidup masyarakat
- pantun teka teki
- pantun puji-pujian/sambutan
- pantun nasihat, agama, dan adat
- pantun naratif/cerita