ARTILKRL-ARTIKEL SASTERA
SUBJEK SASTERA MEMBINA INSAN
Oleh DR AMINUDIN MANSOR
([email protected].)
KOMSAS menyumbang pembinaan penghayatan yang tinggi terhadap Islam.
Kesusasteraan Melayu telah menjadi komponen wajib dalam pengajaran dan pembelajaran (P&P) Bahasa Melayu di semua sekolah menengah (aliran sastera, sains, teknik, agama dan vokasional) di negara ini. Para pelajar diwajibkan membaca dan mendalami buku- buku sastera Melayu tersebut. Sehubungan itu, penggunaan bahan sastera dalam mata pelajaran Bahasa Melayu kini dilaksanakan melalui KOMSAS. Teks Komponen Sastera (KOMSAS) dalam Bahasa Melayu terdiri daripada puisi, cerpen, drama dan novel.
Pembelajaran Kesusasteraan Melayu sebagai komponen wajib dalam Bahasa Melayu dilaksanakan secara berperingkat-peringkat mulai Mac 2000 (Tingkatan Satu dan Tingkatan Empat) dan telah dinilai mulai tahun 2001, peringkat SPM dan tahun 2002, peringkat PMR. Pendekatan pengajaran- pembelajaran subjek ini lebih bersifat menyeluruh iaitu ke arah pembinaan pemikiran akal budi, yang banyak terpancar menerusi genre-genre tersebut.
Dalam hal ini, pihak Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) hasil saranan Gabungan Persatuan Penulis Nasional Malaysia (Gapena), melalui panel pemilihnya, telah menetapkan dua teks untuk digunakan di setiap tingkatan. Teks-teks tersebut ialah sebuah novel (daripada pilihan empat judul) dan sebuah teks antologi yang bermuat enam puisi tradisional, enam sajak, empat prosa tradisional, enam cerpen, dan tiga buah drama. Kesemua genre tersebut akan diajarkan dalam 56 waktu setahun. Genre puisi (sajak dan puisi tradisional) akan diajarkan sebanyak 12 waktu setahun manakala genre yang lain hanya 11 waktu setahun. Kini teks KOMSAS telah memasuki pusingan kedua dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Semua pelajar diwajibkan mempelajari teks baharu mulai 2010 bagi Tingkatan satu, dua dan empat bagi Tingkatan lima pada 2011, Tingkatan tiga 2012.
Sehubungan itu, diharapkan KOMSAS yang dalamnya mengandungi genre novel, cerpen, puisi lama (pantun) dan baru (sajak) yang diajarkan di sekolah melalui teks pilihan KOMSAS berupaya memberikan pendedahan tentang falsafah akal budi yang luhur, nilai estetik dan keindahan, pengalaman baru, falsafah dan pemikiran yang terpancar dalam makna tersurat dan tersirat dalam puisi-puisi pilihan tersebut. Hal ini demikian kerana, akan membentuk jiwa dan mendidik rasa kecintaan kepada beberapa genre.
Terdapat beberapa pendapat yang mengatakan mengapa pelajaran kesusasteraan dianggap kurang penting. Ada pendapat mengatakan, mata pelajaran kesusasteraan hanya diambil oleh pelajar lemah. Di samping itu, pelajaran kesusasteraan tidak ada nilai ekonomi sehingga menyebabkan pelajar kurang meminatinya, dan juga masyarakat menganggap pelajaran kesusasteraan tidak penting dalam kehidupan masa depan. Pendapat dan pandangan ini seharusnya dibuang jauh-jauh dari lubuk hati, jika kita mencintai hasil seni sastera bangsa.
Kementerian Pelajaran melalui Kajian Pembangunan Pendidikan 2001-2010 iaitu Perancangan Bersepadu Penjana Kecemerlangan Pendidikan menegaskan negara memerlukan ramai tenaga manusia yang mempunyai kepakaran dalam bidang sains dan teknologi. Untuk memenuhi keperluan tersebut, sistem pendidikan telah menetapkan dasar 60 : 40 (Sains/Teknikal : Sastera).
sumber:http://www.utusan.com.my

NEGARA PERLU PELAPIS SASTERAWAN NEGARA
Oleh: Shuhaniza Said
NEGARA berkemungkinan besar berdepan kemelut kepupusan pelapis Sasterawan Negara (SN) berikutan keghairahan sebilangan pengarang khususnya kelompok muda bereksperimen dengan idea sehingga mengabaikan seni naratif.
Kebimbangan itu disuarakan Penerima Hadiah Sastera Kumpulan Utusan dan Pengurus Besar Penerbitan Kandungan TV Al-Hijrah, Zainal Rashid Ahmad pada Borak Buku Siri 10 yang menampilkan beliau sebagai panel.
“Di Barat, Hadiah Nobel (Kesusasteraan) iaitu penghargaan tertinggi yang diberikan kepada pengarang dari negara yang berjaya menghasilkan karya sastera paling cemerlang, manakala Malaysia, Anugerah Sastera Negara paling berprestij bagi menghargai tokoh sasterawan. “Bukan mudah menghasilkan karya bermutu dan memberi kesan kepada pembaca. Tidak kira sama ada ia novel, puisi mahupun cerpen,” katanya pada program di Coffee Bean and Tea Leaf, Stesen Sentral Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Baginya dari segi konteks penghasilan novel, pelbagai aspek wajar dititikberatkan pengarang kerana perjalanan cerita yang panjang memerlukan setiap plot dipeta dengan sempurna sehingga membolehkan pembaca ‘berimaginasi’ bagi mendapatkan penghayatan.
Beliau yang memilih buku, Sumpah Tujuh Keturunan terjemahan Mokhtar Ahmad dan Zulkifli Ahmad (terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka pada 1991) daripada versi bahasa Inggeris, One Hundred Years of Solitude karya penulis tersohor Columbia, Gabriel Garcia Marquez.
“Saya sangat terkesan selepas membaca karya tersebut kali pertama pada 1993 kerana ‘keajaiban’ naratif pengarangnya sehingga novel realisme magis itu memberi pengaruh besar dalam sastera dunia,” katanya .
Zainal Rashid mengakui semua orang mempunyai idea, tetapi sebagai pengarang mereka perlu bijak ‘mencairkan’ idea dalam bentuk naratif yang baik agar dapat dicerap minda pembaca bagi memastikan ia dapat dinikmati.
“Karya Marquez ini hebat kerana keajaiban seni naratifnya sehingga segala peristiwa yang berlaku di Columbia sepanjang tujuh generasi keluarga Buendia memegang Macondo telah dipeta, dihurai dan digambarkan dengan sebaik-baiknya.
“Pembaca mampu membayangkan situasi yang diceritakan dalam imaginasi pengarang dan tidak hairanlah Marquez menerima Hadiah Nobel (Kesusasteraan) 1982 keranas keajaiban seni naratif yang terkandung dalam novel itu,” katanya.
Dalam perbincangan ilmiah tapi santai itu, Zainal Rashid yang meluahkan kebimbangan terhadap sebilangan pengarang yang terlalu taksub meluahkan idea sehingga menenggelamkan seni naratif yang sepatutnya diberi penekanan.
“Perkara seperti ini biasa berlaku dalam penulisan cerpen. Idea tidak ‘dicairkan’ dalam bentuk seni naratif dengan baik sedangkan pengarang sewajarnya menyerap masuk sebagai makhluk yang bercerita sehingga pembaca berimaginasi dengan setiap perkara yang digambarkan pengarang,” katanya.
Ada baiknya teguran Zainal Rashid difikirkan kelompok yang dimaksudkan kerana hakikatnya negara memerlukan pengarang setara SN Datuk (Dr) A Samad Said, Datuk Dr Anwar Ridhwan, Allahyarham (Dr) Usman Awang dan Allahyarham Keris Mas agar sastera negara terus terpandang.
sumber:http://www.bharian.com.my