SAJAK
Merupakan puisi Melayu moden yang berbentuk bebas dan tidak terikat pada jumlah baris, perkataan sebaris, suku kata sebaris, rangkap, rima dan sebagainya.
Tema merupakan persoalan pokok atau persoalan utama yang dikemukakan dalam sesebuah puisi. Tema boleh juga diertikan sebagai idea pusat atau idea dasar.
Persoalan pula bermaksud hal-hal yang dipersoalkan dalam sesebuah karya (sajak) untuk memantapkan tema. Contoh persoalan seperti hubungan kerjasama, amalan saling menghormati dan perasaan muhibah antara kaum yang menyokong tema perpaduan.
Tema merupakan persoalan pokok atau persoalan utama yang dikemukakan dalam sesebuah puisi. Tema boleh juga diertikan sebagai idea pusat atau idea dasar.
Persoalan pula bermaksud hal-hal yang dipersoalkan dalam sesebuah karya (sajak) untuk memantapkan tema. Contoh persoalan seperti hubungan kerjasama, amalan saling menghormati dan perasaan muhibah antara kaum yang menyokong tema perpaduan.
ANTARA HASIL SAJAK
Matahari
Matahari
Kewujudanmu begitu dihargai
Tanpa sinaranmu kehidupanku tak bererti
Terasa hidup ini terhenti sendiri
Matahari
Kemunculanmu sentiasa dinanti
Sinaranmu mewarnai hari-hari yang kujalani
Kehadiranmu membawa seribu erti
Matahari
Kucuba untuk mengerti
Mengerti tentang kehadiranmu disisi
Kumengerti hidup ini pasti pergi
Matahari akan kucuba penuhi hidup ini
Berbuat sesuatu yang pasti
Sebagai muslim sejati
Kesunyian Malam
Dalam suram malam
Cahaya yang samar-samar
Aku sendirian
Merenung masa depan menembusi alam
Malam yang kian suram
Mencetuskan seribu soalan
Di kotak fikiranku
Soalan yang pasti tiada jawapan
Membuatku kaku seketika
Terasa diriku begitu kerdil
Di dunia mu Tuhan
Alam
Cantiknya alam
Tidak dapat digambarkan dengan kata-kata
Penuh dengan keajaiban yang mengujakan kita
Tapi kita manusia yang lupa
Alam itu bukan kita yang punya
Hanya untuk dihuni bersama-sama
Tapi kita sentiasa lupa
Menganggap kita pemilik semesta
Sedarlah kita wahai manusia
Alam ini bukan milik kita
Hanya untuk ditadbir seketika
Akan tiba masa berpisah jua
Semua kembali pada maha pencipta
Realiti Hidup Kita
Kesunyian malam itu
Membuatku sedar akan sesuatu
Kita manusia hanyalah pelakon dunia
Hanya hidup mengikut resam dunia
Tiba-tiba terlintas dibenakku
Hidup kita hanya sementara
Tidak selamanya menongkah bumbung dunia
Akan tiba masa kita
Pergi meninggalkan dunia
Akan bersatu kita dengan bumi yang sudah tua
Sedarlah kita wahai manusia
Usia kita bukan lama
Entah esok, entah lusa
Kita pergi dengan seruan yang Esa
Sahabat
Sahabat
Kehadirannya membuat hidup kita ceria
Setiap hari terasa gembira
Dipenuhi pelabagai aksi mereka
Sahabat tanpamu hidupku duka
Tiada lagi ketawa dijiwa
Terasa diri suram sentiasa
Sahabat
Andai aku pernah membuatmu berduka
Ingin sekali ku membuatmu gembira
Menghapus segala kesengsaraan dijiwa
Sahabat
Aku hanya manusia biasa
Masih tercari arah untuk dewasa
Kupinta kau setia
Menemaniku mengharungi ranjau usia
Manusia
Manusia
Bermacam ragam kutemui
Penuh dengan niat yang tersembunyi
Sedarlah hidup ini hanya sekali
Manusia
Begitu rakus menguasai dunia
Hingga hilang rasa jiwa
Wujudnya banyak membawa lara
Manusia
Jiwamu tak tenteram
Penuh dengan rasa dendam
Sesama kita umat manusia
Manusia
Kembalilah kesisi-Nya
Lihatlah dunia dengan kesementaraan
Bukan dengan rasa kuasa
Kelak diri yang sengsara
Hari Ini
Hari ini
Tsunami melanda lagi
Benarkah ini bencana
Atau cuma peringatan kepada kita
Hari ini
Dunia selalu dilanda musibah
Adakah ini malapetaka
Atau ujian dari yang Esa
Hari ini
Walau apa pun yang melanda
Usah dipersoal kenapa
Usah dipertikai puncanya
Kerana hanya Dia yang maha mengetahuinya
Ibuku
Ibuku
Setiap kali melihatmu
Hidupku berseri
Penuh dengan makna dan erti
Ibuku
Disampingmu ku bahagia
Hidup penuh warna ceria
Kehadiranmu umpama cahaya
Yang sentiasa menyinari hidupku
Ibuku
Jasamu tak ku lupa
Akanku kenang sentiasa
Tanpamu hidupku tak sempurna
Pasti ada cacat dan cela
Matahari
Kewujudanmu begitu dihargai
Tanpa sinaranmu kehidupanku tak bererti
Terasa hidup ini terhenti sendiri
Matahari
Kemunculanmu sentiasa dinanti
Sinaranmu mewarnai hari-hari yang kujalani
Kehadiranmu membawa seribu erti
Matahari
Kucuba untuk mengerti
Mengerti tentang kehadiranmu disisi
Kumengerti hidup ini pasti pergi
Matahari akan kucuba penuhi hidup ini
Berbuat sesuatu yang pasti
Sebagai muslim sejati
Kesunyian Malam
Dalam suram malam
Cahaya yang samar-samar
Aku sendirian
Merenung masa depan menembusi alam
Malam yang kian suram
Mencetuskan seribu soalan
Di kotak fikiranku
Soalan yang pasti tiada jawapan
Membuatku kaku seketika
Terasa diriku begitu kerdil
Di dunia mu Tuhan
Alam
Cantiknya alam
Tidak dapat digambarkan dengan kata-kata
Penuh dengan keajaiban yang mengujakan kita
Tapi kita manusia yang lupa
Alam itu bukan kita yang punya
Hanya untuk dihuni bersama-sama
Tapi kita sentiasa lupa
Menganggap kita pemilik semesta
Sedarlah kita wahai manusia
Alam ini bukan milik kita
Hanya untuk ditadbir seketika
Akan tiba masa berpisah jua
Semua kembali pada maha pencipta
Realiti Hidup Kita
Kesunyian malam itu
Membuatku sedar akan sesuatu
Kita manusia hanyalah pelakon dunia
Hanya hidup mengikut resam dunia
Tiba-tiba terlintas dibenakku
Hidup kita hanya sementara
Tidak selamanya menongkah bumbung dunia
Akan tiba masa kita
Pergi meninggalkan dunia
Akan bersatu kita dengan bumi yang sudah tua
Sedarlah kita wahai manusia
Usia kita bukan lama
Entah esok, entah lusa
Kita pergi dengan seruan yang Esa
Sahabat
Sahabat
Kehadirannya membuat hidup kita ceria
Setiap hari terasa gembira
Dipenuhi pelabagai aksi mereka
Sahabat tanpamu hidupku duka
Tiada lagi ketawa dijiwa
Terasa diri suram sentiasa
Sahabat
Andai aku pernah membuatmu berduka
Ingin sekali ku membuatmu gembira
Menghapus segala kesengsaraan dijiwa
Sahabat
Aku hanya manusia biasa
Masih tercari arah untuk dewasa
Kupinta kau setia
Menemaniku mengharungi ranjau usia
Manusia
Manusia
Bermacam ragam kutemui
Penuh dengan niat yang tersembunyi
Sedarlah hidup ini hanya sekali
Manusia
Begitu rakus menguasai dunia
Hingga hilang rasa jiwa
Wujudnya banyak membawa lara
Manusia
Jiwamu tak tenteram
Penuh dengan rasa dendam
Sesama kita umat manusia
Manusia
Kembalilah kesisi-Nya
Lihatlah dunia dengan kesementaraan
Bukan dengan rasa kuasa
Kelak diri yang sengsara
Hari Ini
Hari ini
Tsunami melanda lagi
Benarkah ini bencana
Atau cuma peringatan kepada kita
Hari ini
Dunia selalu dilanda musibah
Adakah ini malapetaka
Atau ujian dari yang Esa
Hari ini
Walau apa pun yang melanda
Usah dipersoal kenapa
Usah dipertikai puncanya
Kerana hanya Dia yang maha mengetahuinya
Ibuku
Ibuku
Setiap kali melihatmu
Hidupku berseri
Penuh dengan makna dan erti
Ibuku
Disampingmu ku bahagia
Hidup penuh warna ceria
Kehadiranmu umpama cahaya
Yang sentiasa menyinari hidupku
Ibuku
Jasamu tak ku lupa
Akanku kenang sentiasa
Tanpamu hidupku tak sempurna
Pasti ada cacat dan cela